Thursday 21 August 2014

Cara Beli & Lock Harga

Bagaimana cara "Lock" harga?
Anda hanya perlu ikuti 4 arahan mudah dibawah :

1. Lihat harga emas & perak disebelah kanan blog ini atau layari www.publicgold.com.my& buat pilihan produk. Selepas itu anda perlu SMS butir-butir berikut ke 016-8273424 :
  • Nama penuh
  • No. kad pengenalan
  • E-mel anda
  • Branch Public Gold pilihan
  • Produk pilihan

Saya akan membuat tempahan online untuk anda mengikut harga semasa. Dalam tempoh 24 jam pihak Public Gold akan menghubungi anda untuk pengesahan tempahan. Sales Order akan di e-melkan kepada anda bersama jumlah bayaran yang perlu dibuat.

Contoh Sales Order yang anda akan terima.

2. Selepas menerima Sales Order anda hendaklah membuat bayaran ke A/c Public Gold. Bayaran boleh dibuat melalui pindahan online maybank2u, Kaunter Bank & Cek.

Contoh bayaran menggunakan maybank2u
Cara mengisi borang bayaran/simpanan/deposit (Maybank).
Bukti bayaran ini WAJIB dibawa semasa mengambil produk tempahan anda.


3. Selepas membuat bayaran, e-melkan bukti bayaran ke payment@publicgold.com.my & cc kepada saya indicatorgold@yahoo.com

Tujuan e-mel bukti bayaran ini adalah memastikan stok tempahan anda tersedia awal & memudahkan pihak Public Gold menyemak bayaran yang telah dibuat. Setelah itu anda boleh menghubungi saya atau cawangan Public Gold terdekat & maklumkan bila tarikh anda membuat pengambilan stok.

4. Akhir sekali anda boleh ke cawangan Public Gold pilihan untuk mengambil tempahan emas & perak fizikal. Bagi pengambilan stok kali pertama anda perlu mengisi borang pelanggan @ Dealer baru. Bahagian Introducer tuliskan : ALBERT @ AFFENDI BAHARUDDIN (PG032822).

PENTING :
  • Bagi Dealer baru sila bawa bersama bukti bayaran asal (WAJIB), salinan fotostet muka depan A/c (Maybank @ Public Bank bagi tujuan bayaran komisyen anda).
  • Pelanggan & Dealer baru yang "Lock" harga secara walk-in di cawangan Public Gold & meletakkan saya sebagai Introducer - sila hubungi ADMIN untuk mendapatkan hadiah & bimbingan secara online/offline dalam perniagaan Emas Fizikal.         
Terima Kasih =)

Artikel Terdahulu

1. 10 Soalan Paling "Popular"
2. Tips : Perbandingan Pelaburan Emas Fizikal Di Malaysia
3. Public Gold Kota Kinabalu
4. Apa Itu "Spread"?
5. Harga Emas Di Malaysia & Dunia
6. Beli Emas Public Gold Dengan Easy Payment Purchase (EPP)
7. Bagaimana Menjana Keuntungan Lumayan Dengan Emas (Versi 3 Abdul)
8. Pengiktirafan Public Gold
9. Zakat Emas & Perak
10. Cara Membeli Emas Public Gold
11. Keuntungan Sebagai Dealer Public Gold
12. Kenali Skim Emas - PENIPU
13. Senarai Dealer KeRaJaaN EMaS
14. Dimana Nak Melabur?
15. 50 Fakta Mengenai Emas
16. Mulakan Tindakan - Beli 1 Dinar & 10 Dirham
17. Masa Terbaik Untuk Beli Emas Fizikal
18. Menjadi Dealer Public Gold Menggunakan Kaedah Easy Payment Purchase (EPP)
19. 3 Syawal 1433H - Harga Emas Meroket!
20. 5 Kriteria Penting Memilih Emas Simpanan/Pelaburan
21. Cara Paling Mudah & Cepat Untuk Menjadi Dealer Public Gold
22. "FREE" ebook dari Admin Kerajaan Emas
23. Beli Emas Fizikal "NOW" !!!
24. Dimana Posisi ANDA?
25. Harga Emas Jatuh ?
26. Panduan Pelaburan Emas 2013 (PERCUMA)
27. Kelas Analisis Teknikal Harga Emas (ATHE) 2013
28. Seminar - Pusat Latihan Kecemerlangan Koperasi (PULAKOP) Sabah
29. Ebook "FREE" (10 hari terakhir Ramadan 1434H)
30. Dinar Public Gold Boleh Digadaikan @ Ar-Rahnu Pos Kota Kinabalu
31. Jual Beli Emas Tanpa Pelanggan?
32. Teknik "Saving" 10 Dirham Percuma!
33. Japan 2014

Saturday 16 August 2014

Zakat Emas



NISAB

Emas : 20 Misqal @ 85gram
Perak : 200 Dirham @ 595gram

Pengiraan

Emas dan Perak yang disimpan/tidak dipakai. Menepati syarat wajib zakat, maka zakat perlu dikeluarkan sebanyak 2.5% dari nilai semasa.

Contoh Emas Simpan:

Berat : 100gram.
Nilai emas semasa setiap gram = RM150.00.
Nilai Emas Semasa : 100g x RM150 = RM15,000.00
Zakat yang wajib dibayar : RM15,000.00 x 2.5% = RM375

Contoh Perak :

200 Dirham @ 595gram
Harga Semasa Perak setiap dirham : RM16
Nilai Perak : 200dirham x RM16 = RM3,200.00
Zakat yang wajib dibayar : RM3,200.00 x 2.5% = RM80.00

Zakat Emas Perhiasan

Emas Perhiasan @ yang dipakai. Emas yang dikenakan zakat ialah emas yang melebihi tahap kebiasaan perhiasan(Uruf). Kadar Uruf ini adalah berbeza-beza mengikut tempat dan negeri. Sila sila semak Uruf negeri masing-masing sebagai rujukan.

Contoh :

Uruf Sarawak : 775 gram

Emas perhiasan yang dimiliki : 800 gram
Baki yang dikenakan zakat : 800gram – 775gram = 25gram
Harga Emas Semasa setiap gram: RM150.00
Harga Emas : 25g  x RM150 = RM3750.00
Zakat yang wajib dibayar : RM3750.00 x 2.5% = RM93.75

Sumber Rujukan:


Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia :

  1. Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
  2. Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
  3. Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
  4. Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
  5. Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
  6. Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
  7. Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
  8. Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
  9. Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
  10. Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
  11. Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
  12. Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
  13. Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
  14. Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008)

Silver Bar

Silver Bar 100Gram




METAL: AG
WEIGHT (G): 100
SIZE (W X L, MM): 25 X 48
THICKNESS (MM): 8
PURITY: 999









Silver Bar 250Gram




METAL: AG
WEIGHT (G): 250
SIZE (W X L, MM): 35 X 70
THICKNESS (MM): 10
PURITY: 999









Silver Bar 500Gram




METAL: AG
WEIGHT (G): 500
SIZE (W X L, MM): 40 X 88
THICKNESS (MM): 14
PURITY: 999










Silver Bar 1KG




METAL: AG
WEIGHT (G): 1000
SIZE (W X L, MM): 52 X 114
THICKNESS (MM): 17
PURITY: 999

10 Dirham




METAL: AG
WEIGHT (G): 29.75
DIAMETER (MM): 38
THICKNESS (MM): 2.96
PURITY: 999

Pengiktirafan Public Gold

30th June 2008 Clearance Letter from The Director of Foreign Exchange Department, Bank Negara Malaysia to trade in physical gold bar.




8th April 2009 Listed in Malaysian Book of Records.




11th May 2010 Public Gold was successfully registered as our official Trade Mark.




5th July 2010 Silver Bullion Bar Listed in Malaysian Book of Records.




Independent Assayer for Public Gold product

Keuntungan Dealer

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua. Kepada yang dah bergelar “Tauke Emas” saya doakan anda bertambah kaya dengan perniagaan Emas & Perak. Kepada anda yang sedang merancang untuk menjadi Dealer Public Gold, disini saya terangkan keuntungan UTAMA & kelebihannya.
Perbezaan situasi diantara menjadi seorang Investor/Buyer dengan menjadi seorang Dealer Public Gold dapat dirumuskan begini.

  • Jika anda adalah seorang Normal Buyer, anda cuma berharap agar harga emas naik dan sentiasa naik kerana keuntungan anda adalah bergantung sepenuhnya kepada kenaikan harga emas.
  • Berbeza apabila anda menjadi seorang Dealer, apabila harga emas semakin mahal anda happy dan apabila harga emas turun pun anda tetap happy!!!  Jawapannya adalah kerana ramai orang lock harga dengan anda pada harga emas yang rendah. Maksudnya komisyen anda berganda-ganda dan pada masa rendah juga anda tambahkan stok simpanan anda sendiri.
Kelebihan bagi Dealer yang menyertai rangkaian (group) KeRaJaaN EMaS – akan diberikan bimbingan secara peribadi oleh saya sendiri sehingga anda berjaya buat duit dengan perniagaan Emas, InsyaAllah. Best ke tak best?


TIGA Keuntungan UTAMA menjadi Dealer yang PASTI diperolehi :
 
1.    Untung Capital Gain
2.    Untung Komisyen
3.    Untung Buy Back
 

  1. Untung Capital Gain
Semua Pembeli/Penyimpan Emas Fizikal akan dapat merasakan keuntungan ini. Anda adalah seorang Dealer atau tidak anda pasti untung !! apa yang penting adalah anda memiliki Emas Fizikal sebanyak mungkin. Best kan memiliki Emas Fizikal, semakin lama disimpan semakin mahal!! Tak expired dan takkan reput.

Contoh mendapat keuntungan melalui capital again adalah seperti ; pada tahun 2012 anda telah membeli Emas bernilai RM100,000. Sekiranya harga emas naik sebanyak 30%, nilai Emas Fizikal anda kini adalah RM130,000. So keuntungan anda adalah RM30,000. Jika dibandingkan dengan ASB hanya memberikan purata pulangan sekitar 8% setahun. (*tertakluk kepada kenaikan harga emas tahunan)


2. Untung Komisyen

Normal Dealer – 1% komisyen
Priority Dealer – 1.5% komisyen
Master Dealer – 2% komisyen
 
Dengan pembelian pertama Emas Fizikal bernilai RM20,000 (dalam satu resit), anda akan layak menjadi Normal Dealer Public Gold & layak mendapat komisyen belian pertama sebanyak 1% dari keseluruhan belian.

Pembelian Emas Fizikal sebanyak RM100,000 (dalam satu resit) akan melayakkan anda sebagai Priority Dealer seterusnya layak mendapat komisyen sebanyak 1.5% dari nilai keseluruhan belian.
Dan setelah accumulate sales anda mencapai RM500,000 serta berjaya Introduce 5 Priority Dealer anda akan diupgrade menjadi Master Dealer dan layak menerima komisyen 2%  bagi setiap pembelian.


Contoh Komisyen :
 
  1. Anda berstatus Priority Dealer & ingin membeli Jongkong Emas Public Gold yang berharga RM43,000 ; jadi anda akan mendapat komisyen sebanyak 1.5% iaitu RM645.
  2. Anda menetap di Kota Kinabalu, dan dalam situasi ini pelanggan anda berada di Kuching ; anda hanya perlu lock harga yang rakan anda ingin beli tersebut dan secara automatik komisyen tersebut menjadi milik anda !! Rakan anda tersebut hanya perlu meminta bantuan anda untuk lock harga seterusnya membuat bayaran dan mengambil stok di cawangan berdekatan. Mudah =)
  3. Untung Buy Back – Ini adalah untung yang paling saya gemari, kenapa? Sebagai seorang Dealer, anda akan mendapat keuntungan mudah sebanyak 4.5% hingga 10% sekiranya mendapat Buy Back dari pelanggan :
Jika pelanggan ingin membeli Emas Public Gold lihat harga PG Sell.
 
Jika pelanggan kita sebelum ini merasakan mereka sudah untung dan nak jual balik jongkong Emas tersebut kepada kita, mereka akan lihat harga PG Buy.
 
Contoh :
 
  1. Ah Chong telah membeli emas 100 gram pada Ogos tahun lepas daripada saya. Setahun kemudian Ah Chong merasakan sudah mendapat  keuntungan dan beliau ingin menjual semula Emas Fizikal tersebut kepada saya, jadi Ah Chong akan refer harga PG BUY iaitu RM16,207.00
  2. Saya akan bayar kepada Ah Chong  tunai RM16,207.00 dan saya mendapat Jongkong Emas 100 gram tersebut semula.
  3. Pada hari yang sama, Pak Abu call dan beliau ingin membeli Jongkong Emas 100 gram. Disinilah untungnya! Saya refer harga PG SELL iaitu RM17,060.00 – Pak Abu akan membayar  saya sebanyak RM17,060 dan saya serahkan Jongkong Emas 100 gram.
*Disini saya telah mendapat untung sebanyak RM853 untuk urusniaga buy back ini !! Alhamdulillah… Inilah untung Dealer Public Gold yang paling best. Bagaimana jika dalam 1 hari anda mendapat 4 hingga 5 buy back? Kalau nak dapat untung sebegini anda perlu berguru dengan saya !! Boleh Bah kalo kau =)


Kesimpulan :
  1. Emas adalah komoditi & prestasinya harganya sentiasa meningkat setiap tahun. Semakin lama anda tangguhkan pembelian semakin jauh harga Emas meninggalkan anda.
  2. Ingin saya tekankan disini mendapat customer yang banyak adalah Bonus kepada anda sebagai Dealer. Untuk mendapat ramai customer anda perlu banyak belajar, merancang strategi & semuanya adalah berperingkat.
  3. Anda sebenarnya mampu memaksimakan keuntungan walaupun tidak memiliki customer yang ramai. Bagaimana? Semua rahsia & strategi kejayaan ini akan saya kongsikan setelah anda menyertai KeRajaaN EMaS. Hubungi saya ditalian 016-8273424 / 088-783607.

Kenali SCAM


Disini saya terangkan dengan bahasa & ayat paling mudah untuk anda mengenali 4 ciri-ciri skim cepat kaya atau pelaburan emas SCAM :

1. Menjanjikan Pulangan Lumayan Setiap Bulan.

“Bos saya ada RM50,000. Kalau saya labur sama syarikat A berapa % saya dapat setiap bulan?” 
Syarikat Perniagaan/Pelaburan Emas yang betul tidak akan menjanjikan pulangan bulanan. Pelaburan Emas yang betul sangat mudah untuk difahami ; anda beli emas anda dapat emas ditangan. Bawa emas anda balik! Itu saja.


2.  Melibatkan Kontrak/Perjanjian.

Sebagai contoh, anda beli emas & ditawarkan perjanjian sekitar 6 bulan. Dalam masa yang sama syarikat akan bayar sekitar 10-20% dari nilai emas yang anda beli setiap bulan. Namun emas anda hanya akan diserahkan selepas 6 bulan. Ya, anda sudah ditipu! Sama seperti jawapan diatas “anda beli emas anda dapat emas ditangan”. Bawa emas balik! Itu saja.  Bila harga emas dah naik & rasa dah dapat keuntungan anda jual balik emas tersebut = disinilah keuntungan anda. Tiada istilah jaminan pulangan lumayan setiap bulan.


3. Harga Emas Mahal Dari Harga Pasaran.

Satu syarikat skim emas didapati menjual emas mereka pada harga RM212 segram ketika ini! Walhal harga emas di pasaran Malaysia paling tinggi pun RM201 segram (gred 999). Rujukhttp://www.fgjam.org.my


Disini anda dapat tahu dari mana Syarikat SCAM ini memperolehi dana untuk membayar anda pulangan bulanan! Jom saya dedahkan. Very simple!

  • Harga ditawarkan Syarikat Skim Emas = RM212 segram
  • Biasanya mereka tawarkan 2 jenis produk iaitu 50 gram & 100 gram
  • Jadi harga untuk gold bar 100 gram = RM21,200
  • Harga untuk gold bar 50 gram = RM10,600
Cuba anda bandingkan dengan harga emas Public Gold, 100 gram pada hari ini 13 Ogos 2011 adalah:




  • Perbezaannya adalah (RM21,200 – RM18,310) iaitu sebanyak RM2,890!
  • Anda bahagikan RM2,890 kepada 6 bulan iaitu RM482 sebulan! (kebanyakan SCAM offer 6 bln sahaja)
  • Bagi syarikat yang offer 1.5% daripada belian, anda akan dibayar RM318 sebulan (selama 6 bln)
  • Bagi syarikat yang offer 2.5% daripada belian, anda akan dibayar RM530 sebulan (selama 6 bln)
Hakikatnya mereka bayar anda menggunakan duit anda sendiri! Bukannya hasil keuntungan atau pelaburan mereka! Dengan jumlah lebihan sebanyak RM2,890 itu anda dapat membeli 10 gram dan 1 dinar jika membeli dengan Public Gold.

Cuba anda fikirkan, Maybank juga menawarkan jongkong emas tetapi kenapa Bank yang besar ini tidak pula memberikan duit bulanan walaupun anda membeli 1kg emas!


4.  Tiada Sijil Ketulenan Emas.

Ini paling senang nak faham. Sekiranya anda beli jongkong emas pastikan disertakan dengan sijil ketulenan atau certificate yang ditandatangani oleh Assayer Bertauliah mengesahkan berat emas, ketulenan emas, width & length emas serta siapa Assayer (Pengesah Emas) tersebut. Jika ditawarkan jongkong emas cap udang atau tanpa sijil ketulenan dengan harga yang murah tak payah beli! (tak perlu la saya explain banyak-banyak kan =)
Jika ingin membuat ujian ketumpatan emas anda boleh menggunakan mesin densitymeter atau paling senang buat ujian dimana-mana bank yang menawarkan perkhidmatan Ar-Rahnu. Pelanggan Public Gold dibenarkan membuat ujian ketulenan emas dimana-mana cawangan Public Gold berhampiran anda.



Sekiranya anda meragui sesebuah syarikat yang ingin disertai & ingin mengetahui status syarikat tersebut anda boleh menghubungi :

Bank Negara Malaysia ditalian 1300885465 atau email pertanyaan kebnmtelelink@bnm.gov.my

Semoga anda semua beroleh manfaat & tidak mudah tertipu dengan skim-skim cepat kaya yang hanya akan memiskinkan anda dengan cepat =)