Saturday 16 August 2014

Kenali SCAM


Disini saya terangkan dengan bahasa & ayat paling mudah untuk anda mengenali 4 ciri-ciri skim cepat kaya atau pelaburan emas SCAM :

1. Menjanjikan Pulangan Lumayan Setiap Bulan.

“Bos saya ada RM50,000. Kalau saya labur sama syarikat A berapa % saya dapat setiap bulan?” 
Syarikat Perniagaan/Pelaburan Emas yang betul tidak akan menjanjikan pulangan bulanan. Pelaburan Emas yang betul sangat mudah untuk difahami ; anda beli emas anda dapat emas ditangan. Bawa emas anda balik! Itu saja.


2.  Melibatkan Kontrak/Perjanjian.

Sebagai contoh, anda beli emas & ditawarkan perjanjian sekitar 6 bulan. Dalam masa yang sama syarikat akan bayar sekitar 10-20% dari nilai emas yang anda beli setiap bulan. Namun emas anda hanya akan diserahkan selepas 6 bulan. Ya, anda sudah ditipu! Sama seperti jawapan diatas “anda beli emas anda dapat emas ditangan”. Bawa emas balik! Itu saja.  Bila harga emas dah naik & rasa dah dapat keuntungan anda jual balik emas tersebut = disinilah keuntungan anda. Tiada istilah jaminan pulangan lumayan setiap bulan.


3. Harga Emas Mahal Dari Harga Pasaran.

Satu syarikat skim emas didapati menjual emas mereka pada harga RM212 segram ketika ini! Walhal harga emas di pasaran Malaysia paling tinggi pun RM201 segram (gred 999). Rujukhttp://www.fgjam.org.my


Disini anda dapat tahu dari mana Syarikat SCAM ini memperolehi dana untuk membayar anda pulangan bulanan! Jom saya dedahkan. Very simple!

  • Harga ditawarkan Syarikat Skim Emas = RM212 segram
  • Biasanya mereka tawarkan 2 jenis produk iaitu 50 gram & 100 gram
  • Jadi harga untuk gold bar 100 gram = RM21,200
  • Harga untuk gold bar 50 gram = RM10,600
Cuba anda bandingkan dengan harga emas Public Gold, 100 gram pada hari ini 13 Ogos 2011 adalah:




  • Perbezaannya adalah (RM21,200 – RM18,310) iaitu sebanyak RM2,890!
  • Anda bahagikan RM2,890 kepada 6 bulan iaitu RM482 sebulan! (kebanyakan SCAM offer 6 bln sahaja)
  • Bagi syarikat yang offer 1.5% daripada belian, anda akan dibayar RM318 sebulan (selama 6 bln)
  • Bagi syarikat yang offer 2.5% daripada belian, anda akan dibayar RM530 sebulan (selama 6 bln)
Hakikatnya mereka bayar anda menggunakan duit anda sendiri! Bukannya hasil keuntungan atau pelaburan mereka! Dengan jumlah lebihan sebanyak RM2,890 itu anda dapat membeli 10 gram dan 1 dinar jika membeli dengan Public Gold.

Cuba anda fikirkan, Maybank juga menawarkan jongkong emas tetapi kenapa Bank yang besar ini tidak pula memberikan duit bulanan walaupun anda membeli 1kg emas!


4.  Tiada Sijil Ketulenan Emas.

Ini paling senang nak faham. Sekiranya anda beli jongkong emas pastikan disertakan dengan sijil ketulenan atau certificate yang ditandatangani oleh Assayer Bertauliah mengesahkan berat emas, ketulenan emas, width & length emas serta siapa Assayer (Pengesah Emas) tersebut. Jika ditawarkan jongkong emas cap udang atau tanpa sijil ketulenan dengan harga yang murah tak payah beli! (tak perlu la saya explain banyak-banyak kan =)
Jika ingin membuat ujian ketumpatan emas anda boleh menggunakan mesin densitymeter atau paling senang buat ujian dimana-mana bank yang menawarkan perkhidmatan Ar-Rahnu. Pelanggan Public Gold dibenarkan membuat ujian ketulenan emas dimana-mana cawangan Public Gold berhampiran anda.



Sekiranya anda meragui sesebuah syarikat yang ingin disertai & ingin mengetahui status syarikat tersebut anda boleh menghubungi :

Bank Negara Malaysia ditalian 1300885465 atau email pertanyaan kebnmtelelink@bnm.gov.my

Semoga anda semua beroleh manfaat & tidak mudah tertipu dengan skim-skim cepat kaya yang hanya akan memiskinkan anda dengan cepat =)

No comments:

Post a Comment