- Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.
- Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum).
- Nombor atom untuk emas adalah 79.
- Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas, hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod.
- Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial.
- Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.
- Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi
- Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia.
- Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat).
- Emas digunakan sebagai logam untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.
- Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.
- Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.
- Didalam era industri moden, emas digunakan sebagai konduktor didalam mesin elektronik, penebat luar satelit dan industri kesihatan seperti pergigian.
- Emas digunakan ia tidak berkarat dan merupakan konduktor elektrik terbaik.
- Emas adalah logam peralihan.
- Emas adalah unsur paling pasif dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain.
- Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitric. Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.
- Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.
- Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.
- Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.
- 1 Ounce (28.35grams) emas jika ditempa akan menjadi kepingan halus seluas 300 kaki persegi (3300meter persegi) ~(57m x 57m).
- Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent.
- Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain.
- Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat kelogamman (metallugical), suhu lebur dan perubahan kaler sesuatu kualiti emas.
- Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.
- Emas memantulkan dengan kuat sinaran Infra-red.
- Emas tidak bertindakbalas dengan udara, kelembapan dan agen hakisan yang kuat.
- Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan yang terhasil adalah logam emas padu.
- Emas tulen 24karat tidak mempunyai rasa dan bau.
- Emas sangat tumpat, 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg.
- Warna emas tulen adalah kuning metalic.
- Hanya Emas, Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu.
- Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1) (bayangkan satu tahi bintang yang mengelilingi bumi setiap masa)
- Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak),
- Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya.
- Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Amaun emas yang disimpan bank negara sama jumlah dengan nilai wang kertas yang dicetak untuk digunakan dalam urusan seharian.
- Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pengeluarannya tidak lagi memberi kesan kepada ekonomi dunia.
- Pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.
- Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.
- Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.
- Selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.
- Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.
- Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999.
- Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.
- Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)
- Emas tulen diukur sebagai 24karat (k)
- Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22 karat (916).
- Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.
- Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, Britisj Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22karat.
- Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.
Saturday 16 August 2014
50 Fakta Mengenai Emas
Labels:
Guide
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment